MENGENALI KAMI

KS Secondary Fibre Supplier Sdn Bhd

KS Secondary Fibre Supplier Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1992 dan beribu pejabat di Sungai Buloh, Selangor. Syarikat kami telah berkembang pesat dan kini mempunyai 9 kemudahan di seluruh negara. Bermula sebagai pengendali kitar semula yang sederhana, kini telah berkembang menjadi pemimpin dalam industri Pengurusan Sisa Kertas serta Pemulihan Semula Produk. Kami juga telah memperoleh pengiktirafan ISO 9001 sejak tahun 2005.

Kejayaan KS Secondary Fibre Supplier Sdn Bhd pada hari ini adalah kerana pengasas yang berwawasan serta pasukan pengurusan kami yang berdedikasi. Disebabkan usaha pengasas yang berpandangan jauh dan pasukan pengurusan yang amat berpengalaman, syarikat ini telah menempuhi pelbagai cabaran dan kini berjaya sebagai pemimpin industri yang dikagumi.

Dengan dedikasi pihak pengurusan kami yang dianggotai oleh kakitangan yang berbakat, syarikat ini telah berjaya bertapak dalam bidang Pengurusan Sisa, Pemulihan Semula Sumber dan Kitar Semula. Kami berusaha merevolusikan industri kitar semula, dan berwawasan untuk mencapai maklamat yang lebih lestari dan mesra alam di dunia demi kebaikan generasi masa depan.


Alamat

Lot 1568, Kg Jaya Industrial Area, Jalan Kusta,47000 Sungai Buloh, Selangor

Nombor Telefon

+603 6156 3431/2